Wednesday, May 6, 2009

Alhamdulillah, Syukur !!!

tshirtBelang Words...

Alhamdulillah, aku bersyukur kepada ALLAH. Kerana telah memberi rezeki kepada hambanya ini. Moga rezeki yang ku terima berterusan dan HALAL insyALLAH. Minggu lepas dan minggu ni may be will be among the best day in this year 2009. I guest...

Percutian kami (Aku, Isteri dan Addin) ke Cameron Highland, memang best. Itu lah pertama kali aku jejak tanah tinggi Cameron. Wife aku dah 2, 3, kali dah. Anak aku macam aku jugak, 1st time. Memang sejuk tempat tu. Dapat bilik pulak, memang betul-betul tgh town Brinchang. Dekat dengan semua kedai dan tempat makan. KFC pulak, around the corner je... Bilik pulak tu, siap ada TV LCD 32" Regza. Puas hati...

Malam kat Cameron Highland memang sejuk, tak payah pakai aircond. 3 hari 2 malam kat sana, aku pergi melawat, strawbery farm, kebun teh Bharat, Kea Farm (tempat beli sayur2, buah2 dan macam-macam lagi). Kami memang happy kat sana. Hari kedua, jalan kat Brinchang memang jem gile... Masa kat sana, Karam Singh Waliya (tak sure ejaan) pulak tgh bz buat liputan pasal tanah tinggi Cameron, isu air dan hutan yang diteroka berleluasa.

Yang bestnya, jagung Cameron kat sana memang manis. Tapi time cuti, memang harga makanan mahal daripada biasa. Terpaksa la... time cuti sekolah je aku sekeluarga bleh bercuti. Time lain susah sikit la... Ada beberapa gambar yg aku snap kat sana, tapi tak sempat nak upload. Nanti yaa...

Cerita pasal semalam dan hari ni pulak, memang funny, cemas, dan mengujakan. Alhamdulillah, keputusan yang ku nantikan, kunjung tiba. Walaupun tak semua seperti yang diharapkan, aku redha. Mungkin ini yang terbaik dariNYA. Hari ni, pagi-pagi lagi aku pergi Menara TM. Dah lama aku tak pakai tie. Hari ni aku pakai tie. Nasib baik pengalaman semasa aku jadi pengawas, dipraktik semula. Rasa lain pulak bila pakai tie.

Ape-apa news, aku bgtau pada wife aku. Nak share dan tumpang gembira sekali. Sebab, wife aku memang the BEST. Mummy kena jaga kesihatan tau ! Moga perubahan ini, perubahan ke arah kebaikan. InsyALLAH.

Thursday, April 9, 2009

Dugaanku

tshirtBelang Words...

Besarnya dugaan yg ku harus lalui dalam bulan ini. Kenapa, ini harus berlaku. Hampir dua minggu badan ku panas seram sejuk, tekak batuk berterusan, kepala sakit dll. Dah berlori-lori rasanya ubat yang ku telan. Tak sanggup lagi dah... dah macam mabuk ubat aku dibuatnye...

Sakit ni masih meracuni badan ku... kesian pada isteri dan anak kesayangan ku. Melakukan kerja rumah sendirian. Jika sihat, aku akan menolongnya. Dah adat rumah tangga, tolong-menolong amalan bersama.

Sabar je yg menemani diriku. Kadang-kadang perasaan marah melonjak-lonjak. Bila semuanya kan berakhir? Supaya badanku sihat semula. Tapi, aku redha. Itu semua ketentuan ALLAH. Sebagai manusia, kita kena berusaha dan memohon padaNYA.

Adakah ini kifarah bagi ku ???

Friday, March 27, 2009

Hari gembira !!!

tshirtBelang Words...

Hari ni, hari yg gembira buat aku, Hari JUMAAT pulak tu. Penghulu hari. Walaupun 2 hari lepas ni, adalah hari yg boleh dikatakan "bad day" bagi aku. Tapi ALLAH tu maha adil, mungkin DIA sedang menguji hambaNYA. Aku redha. Mungkin ada yang lebih baik bagi ku di hadapan nanti.

Minggu ni tak henti-henti cerita "putih & merah". Dah naik jemu aku buka TV. Tapi nak tak nak, kena ambil tahu jugak. Negara kita ni, kalau tak kita peduli, siapa lagi. Betul tak?

Berbalik pada hari ni, aku bersyukur. Di kemelut ekonomi yang semakin meruncing. Aku, still ada kerja, rumah (walaupun sewa), kereta, famili dll seperti tahun lepas. Aku harap, keadaan lebih baik tahun ni. Doa dipanjatkan kepada yg ESA. Pada rakan yang dibuang kerja, aku sgt simpati. Pada org melayu yang punya bisnes besar, tolong la bangsa sendiri. Berilah mereka kerja... mudah-mudahan. Pertolongan hari ini akan menambahkan rezeki anda di masa hadapan.

Bersedekah itu bukannya mengurangkan rezeki, malah menambahkan rezeki...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...