Thursday, February 19, 2009

Upin dan Ipin, Geng: Pengembaraan Bermula (GSC)

tshirtBelang Words...
Semalam dalam Sejarah Ahmad Alauddin (ADDIN), Hari selasa 17/02 aku dah bagi tahu wife dan addin yang kita nak tgk wayang cerita UPIN & UPIN (GENG), So untuk mengelakkan kehabisan tiket, aku siap2 beli tiket untuk hari rabu pukul 8 mlm untuk 3 org. *** Sebab tiket hari rabu MURAH***. Ini first time ADDIN masuk cinema tgk wayang. Umur dia belum cukup 2 tahun. Bulan depan cukup la… aku dah bgtau wife aku nak belikan dia ikan (Fishhh… kata ADDIN). Dia memang suka sgt tgk ikan.
Lepas balik kerja, aku suruh wife aku siapkan peralatan ADDIN. Macam nak pergi perang je bunyinya. Bkn ape yg penting baju sejuk. Kami pergi ALAMANDA dalam pukul 6.30ptg. Tiket pukul 8mlm. Waktu magrib dah sampai, aku dah standby sebelum waktu lagi kat surau ALAMANDA tu. Surau tu, kalau time Solat Magrib memang FULL kalau lewat masuk. Aku solat dulu, wife jaga ADDIN. ADDIN ni tak leh dok diam. Aktif macam dalam iklan Arnab pakai bateri Duracell tu… sure pernah tgk. Pastu aku pulak jaga ADDIN. Wife aku solat.
Sebelum masuk wajib beli makanan kudap-kudapan. Kalau tak tak dok diam si kecil tu nanti. Beli Pop Corn saiz besar. Masuk cari tempat duduk. Tempat duduk depan sikit la… tapi tak pe, janji ADDIN puas tgk. Sepanjang cerita GENG Upin & Ipin tu, dia tgk macam tak berkelip mata. Tersenyum aku dan wife aku tgk gelagatnya. Pop Corn pulak, dari mula masuk panggung dah start makan. ADDIN takkan stop makan sampai la Pop Corn tu habis. Enjoy betul nampaknyaa…
Berkenaan cerita tu, GENG Upin & Ipin memang satu cerita yang menghiburkan, sesuai untuk famili dan kanak-kanak, sedikit menakutkan (Bagi kanak-kanak), gambar memang cantiik, kelakar, aku bagi 5 bintang untuk filem animasi Malaysia. Cerita ni memang akan ada sambungan. Kerana pada ending dia penonton memang akan nampak pengembaraan ini akan bersambung.
p/s = Support la filem animasi tempatan, tak rugi tengok ! Memang lawak aksi lembu yg bernama ‘Sapy’.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...