Thursday, March 5, 2009

Explorace at Zoo Negara

tshirtBelang Words... Ceritera Zoo Malaysia…

Cerita ni agak dah basi la… sebab aku tak sempat nak taip dan upload dalam blog. Biasa la… “kerja banyak”, alasan standard. Sebelum Ahad (1 March 2009) wife aku dah sms aku, bagitau ahad ni kak ja (kakak dia) dah booking kita pergi Zoo. Aku pun heran gak. Aikk… boleh pulak cam tu. Tapi tak pe la… lagipun ni la peluang aku nak bawa Addin first time pergi Zoo Negara. Walaupun dah beratus-ratus mahupun beribu-ribu kali aku lalu MR2, tepi Zoo Negara tu. Tapi tak rasa terpanggil nak bawak Addin pergi sana.

Rasanya sebab ade anak sedara anak kakak ipar aku tu, yg semangat sikit nak bawa Addin pergi sama bersama diorang. Wife aku dah berkali-kali cakap kat Addin, Addin kena jadi good boy, kalau good, boleh pergi Zoo. Hehehe… Sikologi sikit.

Sampai hari yg dinanti, kami pergi ke rumah Kak Ja dulu. Sebab nak gerak sama-sama. Kami sampai ke Zoo kira dah tghari jugak le… panas jugak time tu. Sebelum masuk, abg ipar aku (Abg Wey), adjust tiket masuk. Dia kata ada kawan boleh bagi diskaun. Hehehe… Nak tau camana, kena Tanya dia la. First, kena tangkap gambar depan Zoo Negara. Kenangan beb… aku pun dah lama tak pergi Zoo. Seingat aku, last pergi, sekolah rendah dulu. Entah terjaga ke, harimau aku dalam Zoo tu… hehehe.

Sepanjang perjalanan dalam Zoo, aku tgk Addin happy sgt. Byk haiwan yg ada, contoh Monyet, landak, burung kakak tua, memerang dan banyak lagi… Kebetulan pukul 3 pm, ada persembahan singa laut. Persembahan dia memang menarik, ramai org tgk. May b sebab hari cuti. Tu yg penuh org tu. Tepi kolam tu pulak, ada aquarium besar. Dalam aquarium tu ada ikan besar, sebesar Addin saiznya. Takut tgk ikan besar mcm tu.

Penat berjalan dalam Zoo, mula la rasa lapar. Perut pun berbunyi… kreekkk kruukkk. Dalam Zoo, mana ade tempat makan. Yang ada, kiosk kecil. Singgah jap tgk ape makanan yang ada. Tau tak, Maggi Cup tu, RM 4, kentang goreng RM 4, Air mineral 500ml RM 2.50. Nak tak nak, beli je la… dah lapar. Bila difikirkan, betul jugak. Mana ada makanan murah dalam hutan ni (Zoo). Hehehe…

Bila nak balik, hujan turun dgn lebatnya. Macam filem Hindustan kami berlari. Cuma tak de background muzik je… Rehat kat pondok dalam Zoo tu. Addin dah penat. Rasanya dia puas tgk haiwan-haiwan dalam Zoo tu. Dalam pukul 5 lebih jugak baru kami keluar dari zoo tu.

Hope pengalaman Addin pergi Zoo dapat menjadi kenangan manis bila dia besar nanti. “Sebab dia memang minat tgk filem kartun Madagascar”

*** Yg Penting Mummy & Daddy sayang ADDIN !!!

1 comment:

kucing kaler oren said...

kalau org tak kenai ko mesti cakap... wah faruk, ramainya anak ko...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...