tshirtBelang Words...
Hari ni, hari yg gembira buat aku, Hari JUMAAT pulak tu. Penghulu hari. Walaupun 2 hari lepas ni, adalah hari yg boleh dikatakan "bad day" bagi aku. Tapi ALLAH tu maha adil, mungkin DIA sedang menguji hambaNYA. Aku redha. Mungkin ada yang lebih baik bagi ku di hadapan nanti.
Minggu ni tak henti-henti cerita "putih & merah". Dah naik jemu aku buka TV. Tapi nak tak nak, kena ambil tahu jugak. Negara kita ni, kalau tak kita peduli, siapa lagi. Betul tak?
Berbalik pada hari ni, aku bersyukur. Di kemelut ekonomi yang semakin meruncing. Aku, still ada kerja, rumah (walaupun sewa), kereta, famili dll seperti tahun lepas. Aku harap, keadaan lebih baik tahun ni. Doa dipanjatkan kepada yg ESA. Pada rakan yang dibuang kerja, aku sgt simpati. Pada org melayu yang punya bisnes besar, tolong la bangsa sendiri. Berilah mereka kerja... mudah-mudahan. Pertolongan hari ini akan menambahkan rezeki anda di masa hadapan.
Bersedekah itu bukannya mengurangkan rezeki, malah menambahkan rezeki...
No comments:
Post a Comment