Monday, October 26, 2009

Rezeki - Ahmad Aisy Luqman

Nota tshirtBelang... Pada pagi 07.09.09 (Hari Nuzul Quran) lahirlah seorang putera yang comel ke dunia ini. Lahirnya membuka episod baru dalam keluarga yg dulunya bertiga, sekarang dah berempat. Alhamdulillah, syukur bayi ku yang kedua ini lahir dengan berat 3.31kg. Berbeza dengan abangnya 2.9kg. Yang menariknya, ibunya masih berpuasa, semasa melahirkan Ahmad Aisy Luqman. Tapi akhirnya selamat jugak dilahirkan dengan selamat. Saya orang yang paling bertuah pada masa itu... tak tahu macam mana nak diucapkan. ALLAH maha mengetahui. Setiap anak yang dilahirkan kedunia, sudah tercatat, rezekinya, ajalnya, jodohnya,... (maaf tak berapa ingat). Dalam masa yang sama, kami ditawarkan kuarters, dan dalam masa yang sama, ada orang nak jual rumah... tapi kami dalam dilema... apa yang perlu kami buat? Kami minta petunjuk dari yang maha esa (ALLAHUAKBAR).

1 comment:

Asu Bahiyah said...

Comelnya...

Bro...tukat kaler tulisan la...susah mau baca....kena select all baru nampak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...